berita

Warga Emas Perlu Berhati-Hati Terhadap Penipuan Dalam Talian

Written by Jun · 21 sec read >

Warga emas di daerah Sik dinasihatkan agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan menjadi mangsa ‘scammer’ atau penipu. Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Sik Najlah Dzakaria, berkata trend warga emas menjadi mangsa penipuan dalam talian semakin membimbangkan. Najlah berkata demikian di Majlis Sambutan Hari Warga Emas Daerah Sik, di sini semalam. PAWE Daerah Sik mengambil inisiatif melaksanakan kempen kesedaran bagi meningkatkan kesedaran warga emas mengenai jenayah ‘scammer’. Orang ramai diminta supaya berhati-hati dengan tindakan licik ‘scammer’ yang tidak bertanggungjawab.

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi nombor talian penting 997 bagi membuat aduan tentang jenayah siber berunsurkan ‘scam’.

Source: https://malaysiaaktif.my/2023/11/warga-emas-perlu-berhati-hati-elak-jadi-mangsa-scammer/

Kematian Pelakon Chance Perdomo

Jun in berita
  ·   55 sec read

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *